Infra Bunga menjana kuasa pasaran minuman tenaga

Kuala Lumpur, 29 Jun 2022 – Infra Bunga Sdn Bhd (Infra Bunga) sedang dalam misi untuk mendidik rakyat Malaysia mengenai kebaikan minuman tenaga. Bagi mencapai matlamat tersebut, syarikat ini telah melancarkan kempen promosi yang menawarkan hadiah menarik untuk dimenangi dengan pembelian minuman tenaga M-150. 

Diedarkan oleh Infra Bunga untuk pasaran tempatan, minuman tenaga M-150 berkafein dan tidak berkarbonat ini membekalkan tenaga kepada seluruh tubuh badan dan menyegarkan minda. Didatangkan dalam perasa sitrus dan manis yang sangat enak, M-150 membantu meningkatkan daya tahan fizikal, meningkatkan kewaspadaan dan juga berfungsi untuk melegakan keletihan. 

Untuk menyertai Peraduan Minum dan Menang M-150, pelanggan hanya perlu membeli sekurang-kurangnya tiga (3) botol M-150 dalam satu resit pembelian. Ambil gambar resit pembelian tersebut (dengan kod bar yang jelas), memberikan butiran peribadi, nombor kad pengenalan dan hantarkannya ke nombor 016-33 44 150 menerusi aplikasi Whatsapp.

Pengarah Infra Bunga, Lip Jin berkata, peraduan ini terbuka kepada semua dan para peserta berpeluang memenangi hadiah menarik termasuk motosikal Yamaha Y15ZR bernilai lebih RM10,000 sebagai Hadiah Utama. 

“Kami melancarkan peraduan Minum dan Menang yang berlangsung dari 1 Mac hingga 30 Jun 2022 untuk mewujudkan kesedaran bahawa minuman tenaga M-150 bukan sekadar minuman fungsi kepada mereka yang menjalani gaya hidup aktif. Sebaliknya, ia juga merupakan minuman gaya hidup yang sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa dan mana-mana majlis. Peraduan yang sama seperti Minum danMenang dengan lebih banyak hadiah menarik akan dirancang pada separuh kedua tahun 2022, jadi nantikan aktiviti-aktiviti dan hadiah yang lebih mengujakan daripada Infra Bunga dan M-150.”

“Ia adalah pilihan yang terbaik semasa atau selepas hari yang memenatkan di tempat kerja, selaku minuman sedia-gerak atau sekadar minuman untuk memberi rasa yang menyenangkan,” kata beliau. 

Diedarkan di Malaysia oleh Infra Bunga sejak 2016, minuman tenaga M-150 mengandungi gabungan unik bahan asli dan formulasi berkualiti tinggi yang menawarkan rasa dan manfaat yang terbaik. Dengan hanya 155 kalori setiap botol 150ml, ia adalah minuman gaya hidup yang menyeronokkan, disasarkan untuk kumpulan pengguna berusia antara 18 dan 40 tahun. 

“Pasaran minuman  tenaga agak besar dan menjadi minuman pilihan bagi hampir 28% rakyat Malaysia menurut satu tinjauan yang melibatkan sekitar 20,000 peserta,” kata Lip sambil menambah, minuman tenaga adalah minuman pilihan selepas kopi, teh, jus soda dan air minuman .

Produk berkualiti dari Thailand, M-150 dipasarkan secara eksklusif oleh Infra Bunga. Ia boleh didapati di lebih 10,000 titik sentuh yang merangkumi kedai-kedai runcit, kedai serbaneka, laman beli-belah dalam talian dan mesin layan diri, antara yang lain.

Minuman tenaga M-150 akan dijual  di pasar raya besar, stesen minyak dan rangkaian kedai serbaneka yang lebih luas justeru menjadikannya lebih muda diakses di seluruh negara.